Hukum
Nikah Gantung
a) Nikah Gantung dalam
bahasa arab disebut " NIKAH KHITBAH " dan hukumnya HARUS .
b) Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah
dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua
belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga
diringankan dan boleh dilepaskan .
c) Nikah Gantung juga mengadakan “ Majlis
Akad Nikah “ yang harus mereka
ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .
d) Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan
seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk
syarat sah nikah .
Sebab – Sebab Biasa NIKAH
GANTUNG dilakukan
l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya
kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan
Menuntut .
lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya
didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .
Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua –
dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk
memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan
tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .
Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan
ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah .
Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu ,
berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia
tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “hukumnya
.
Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah
pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan
Malaysia .
Wallahua’lam . Lebih terperinci bole tengok dekat sini
No comments:
Post a Comment